Sunday, January 26, 2014

Suspek Buang Bayi Di Tandas Masjid Alwi, Kangar Dikenalpasti

lihat wajah suspek lebih jelas dengan klik gambar

KANGAR: Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu. Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis. POLIS kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video CCTV masjid. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.



Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat. Sebelum ini Harian Metro melaporkan kejadian buang bayi di dalam tandas sebuah masjid di sini. Sebelum kejadian dua suspek yang juga pasangan remaja lelaki dan wanita dikesan menumpang di masjid berkenaan. Imej salah seorang daripada mereka dirakam pada CCTV masjid.

No comments:

Post a Comment

nRelate - All Sections