Thursday, November 20, 2014

Mesti Tengok! Wajah Terbaru Penyanyi Dangdut Amelina!

klik gambar untuk lihat wajah Amelina yang terbaru

Kuala Lumpur:  Selepas 15 tahun menyepi, penyanyi yang pernah digelar 'Ratu Dangdut', Amelina muncul kembali. Amelina yang cukup popular dengan lagu Rindu dan Asyik pada tahun 1995, memilih komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai untuk menawan semula hati peminat. Amelina yang mesra disapa Alin, kini bernaung di bawah syarikat milik Ajai, Wake The Baby Sdn Bhd. 

"Semua yang berlaku sebelum ini adalah proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu lebih tabah, kuat dan bersemangat. Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsi secara terperinci. "

Saya memilih untuk tidak mengenang kisah silam. Justeru, saya kuatkan hati, bulatkan rasa dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," katanya dalam kenyataan kepada BH Online. 

Pada tahun 1999, Amelina tiba-tiba menghilang dari industri seni ketika namanya melonjak dengan rangkaian lagu popular. Mengulas lanjut mengenai kemunculan semulanya itu, beliau berkata, segala-galanya bermula, Oktober lalu apabila beliau menghubungi Ajai. 

"Saya berbincang untuk kembali menyanyi. Hari ini, saya muncul untuk menyatakan saya sudah bersedia untuk memeriahkan industri seni tanah air. 

"Saya berharap peminat akan menerima baik kehadiran saya dan sama-sama kembalikan kegemilangan dan kenangan muzik kita bersama," katanya. 

Amelina bakal muncul dengan single baharunya, tidak lama lagi. - sumber

No comments:

Post a Comment

nRelate - All Sections