Thursday, November 20, 2014

Mesti Tengok! Wajah Terbaru Penyanyi Dangdut Amelina!

klik gambar untuk lihat wajah Amelina yang terbaru

Kuala Lumpur:  Selepas 15 tahun menyepi, penyanyi yang pernah digelar 'Ratu Dangdut', Amelina muncul kembali. Amelina yang cukup popular dengan lagu Rindu dan Asyik pada tahun 1995, memilih komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai untuk menawan semula hati peminat. Amelina yang mesra disapa Alin, kini bernaung di bawah syarikat milik Ajai, Wake The Baby Sdn Bhd. 

"Semua yang berlaku sebelum ini adalah proses kehidupan yang banyak mengajar saya menjadi individu lebih tabah, kuat dan bersemangat. Kehilangan saya adalah sesuatu yang begitu peribadi untuk saya kongsi secara terperinci. "

Saya memilih untuk tidak mengenang kisah silam. Justeru, saya kuatkan hati, bulatkan rasa dan lupakan segala kisah itu untuk terus hidup dan memandang ke depan," katanya dalam kenyataan kepada BH Online. 

Pada tahun 1999, Amelina tiba-tiba menghilang dari industri seni ketika namanya melonjak dengan rangkaian lagu popular. Mengulas lanjut mengenai kemunculan semulanya itu, beliau berkata, segala-galanya bermula, Oktober lalu apabila beliau menghubungi Ajai. 

"Saya berbincang untuk kembali menyanyi. Hari ini, saya muncul untuk menyatakan saya sudah bersedia untuk memeriahkan industri seni tanah air. 

"Saya berharap peminat akan menerima baik kehadiran saya dan sama-sama kembalikan kegemilangan dan kenangan muzik kita bersama," katanya. 

Amelina bakal muncul dengan single baharunya, tidak lama lagi. - sumber

Friday, October 24, 2014

Babak Adiba Yunus Pegang Najis Yang Menjijikkan Dalam Filem 'Nasi Tangas a.k.a Nasi Kangkang'

Filem Nasi Tangas a.k.a Nasi Kangkang memang berjaya membuatkan penonton rasa tak senang duduk. Rasa jijik dan mual dengan paparan teknik buat nasi kangkang berjaya menjadikan filem ni hitam dengan keseramannya. Antara babak yang tak dapat dilupakan ialah babak Adiba Yunus pegang najisnya sendiri untuk penuhi syarat menangas air yang diarahkan oleh bomoh. Geli!

klik untuk gambar tanpa sensor

Bagi yang ingat ingat lupa scene ni, korang boleh klik link yang disediakan dibawah untuk tonton video klip yang menggelikan ni.


Thursday, August 21, 2014

Hukum Tafakur dan Berkabung Untuk Jenazah MH17

ISU: 

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam kes MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih. 

PENJELASAN: 

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77) 

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia. 

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak. 

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434). 

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an. 

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak. 

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. 



Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus. 

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662 Wallahu a'lam.

Thursday, July 10, 2014

Penjelasan Kenapa Lionel Messi Sokong Israel!

*Mohon JANGAN baca & sebarkan. Sebab ini cerita yang betul. Cerita salah baru la share. (typical Malaysian) 





Gempar viral di facebook dengan gambar-gambar Messi & rakan-rakan Barcelona mengadakan lawatan ke Israel dengan Messi memegang baju bertulis ‘stand with Israel’ (berdiri bersama Israel). 

Viral ini tersebar meluas di laman web serta di facebook sejurus selepas bedilan bom di gaza. Demi menunjukkan betapa diri itu prihatin, maka ramailah yang turut serta untuk menge-share di wall masing-masing. Yang lebih menakjubkan ramai ustaz-ustaz dengan imej mulia turut serta menyebarkan berita ini. Maka lahirlah komen-komen seperti di bawah.

- “Boikot messi. Dia Yahudi n penyokong kuat Israel rupanya “ 
- “sy peminat dia.tetapi dh tau dia ni puak2 yg menyokong israel yahudi terus sy membencinya.xguna punya messi..” 
- “Baru tau. Say NO to Messi.!!” 
- “Boikotlah Messi...Boikotlah Argentina...Boikotlah Barcelona...” 
- “Kalau ini idola sesetengah umat islam..baik hentikan!!!” 

Pelbagai tohmahan dihambur…. Kesian Messi….. Tapi, tahukah kita sejauh mana kebenarannya??

……….................................................................................................. 

Kebenarannya :- 

Ya, memang benar Messi dan Barcelona telah ke Israel pada tahun 2013. 

NAMUN, 

Hakikatnya pada masa yang sama mereka juga telah mengadakan lawatan ke Palestin! Barcelona telah mengadakan “PEACE TOUR” ke Palestin & Israel dengan harapan bola sepak dijadikan sebagai medium untuk perdamaian. Messi sendiri telah bersalaman dengan presiden Palestin yang turut serta pada sesi temuramah bersama-sama rakan-rakan Barcelona yang lain. 

Kemuncak “PEACE TOUR” itu ialah perlawanan persahabatan di antara FC Barcelona VS team gabungan Palestin+Israel, namun begitu dibatalkan kerana konflik yang sukar untuk menggabungkan kedua2 pasukan kebangsaan itu. Barcelona juga mengadakan ‘klinik bola’ untuk kanak-kanak daripada kedua-dua Negara Palestin & Israel. 




Ada juga gambar yang menunjukkan Messi & rakan-rakan melawat Jurusalem’s western wall ( tempat para yahudi berkumpul dan berdoa di depan dinding). Ya memang benar, tapi itu adalah salah satu aturcara yang ditetapkan bagi menghormati Israel sebagai tuan rumah. Yang mana saya percaya kalau Messi datang ke Malaysia, dia juga tidak akan menolak perlawaan untuk ke masjid-masjid jika di undang! 

Messi juga merupakan penganut agama Kristian dan bukannya Yahudi! 

Juga, 

Di dalam salah satu gambar yang tersebar ada terlihat Messi memegang T-shirt berwarna hitam yang bertulis “stand with Israel” (berdiri bersama israel). Sebagai seorang designer, dengan sekali imbas mudah untuk mengenal pasti bahawa gambar itu bukanlah gambar yang ASLI. Gambar tersebut telah pun diedit daripada gambar asal yang mana Messi sebenarnya mempromosikan Pan American Games 2019 di Rosario ( kampung halaman Messi ).


Jadi, 

Pengajarannya periksa dahulu sumber asal usul berita yang disampaikan. Messi & Barcelona bukanlah Yahudi , bukan juga agen zionis seperti yang diperkatakan. Sekurang-kurangnya mereka cuba menyatu-padukan dua Negara melalui bola sepak. 

Apa sumbangan kita? 

Pada siapa yang sebar fitnah tanpa usul periksa, 

SHAME ON YOU!

p/s: entry ini bukan milik asal tuan blogger, penulis asal sudah dikreditkan pada awal entry.

dapatkan novel FIXI dan LEJEN murah (3 buku Rm50 je tau) di fanpage berikut: https://www.facebook.com/ejenfixikhairul atau whatsapp 0199960461 

Wednesday, July 2, 2014

Penjawat Awam Terima Bonus RM500 Sempena Aidilfitri 2014


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya. 

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

Saturday, June 7, 2014

Gempar! Logo Cadbury Ada Lambang Hidung Babi?

Setelah isu Cadbury haram selesai, sebuah gambar yang mendakwa logo Cadbury terselit gambar babi tersebar di media facebook dan blog. Lihat dimanakah logo Cadbury yang dikatakan mempunyai lambang hidung babi dan nilaikan sama ianya hanya kebetulan atau sebaliknya.

klik sini untuk gambar tanpa sensor
nak novel FIXI semurah RM15? jom like fanpage ni - https://www.facebook.com/ejenfixikhairul
nak custom made T SHIRT FILEM? jom like fanpage ni - https://www.facebook.com/fashionmastermall

Wednesday, June 4, 2014

10 Tanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7) 

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? 

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita : 

1. Bersahaja 

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodohkita. 

2. Senang Bersama 

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 

3. Terima Kita Seadanya 

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 

4. Sentiasa Jujur 

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 

5. Percaya Mempercayai 

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 

6. Senang Bekerjasama 

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan? 

7. Memahami Diri Kita 

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. 

8. Tampilkan Kelemahan 

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 

9. Kata Hati 

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. 

10. Solat Istikharah dan Tawakkal 

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 

Sumber : ILuvIslam

nRelate - All Sections