Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.70 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2013 berbanding 7.75 sen tahun lepas.
Sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata walaupun pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas, kadar itu kekal kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.
"Kadar ini juga bukanlah yang terendah yang pernah diagihkan oleh PNB kerana pada tahun 2009, pengagihan dividen adalah 8.65 sen seunit.
"Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi kita bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan," kata beliau kepada pemberita selepas pengumuman pengagihan pendapatan ASB oleh Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Kuala Lumpur hari ini. - Bernama, 19 Disember, 2013.
Berikut adalah jadual senarai agihan pendapatan dividen dan bonus ASB untuk tahun terdahulu dan terkini -
No comments:
Post a Comment