Thursday, December 19, 2013

Gambar Sharifah Sakinah Tayang Badan Undang Respon Peminat

Sebelum ini, nama Sharifah Sakinah sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, sama ada dari cara pemakaian, video berunsur sindiran mahupun hubungan peribadinya. Walaupun sering dikecam oleh orang ramai, namun Sakinah langsung tidak mempedulikan cemuhan yang dilemparkan, malah dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri. Kontroversi pelakon ini berterusan apabila baru-baru ini menerusi laman sosialnya, Sakinah telah memuatnaik sekeping foto yang mendedahkan sebahagian dadanya.

Dan seperti biasa, foto yang dirakam ini telah menimbulkan pelbagai respon nakal dikalangan peminatnya. Tidak kurang juga, ada yang memuji kecantikan dan mengkritik tindakan pelakon tersebut. Bagaimanapun, kebanyakan pengikut Sakinah di laman Instagram mempersoalkan motifnya memuatnaik semula foto tersebut selepas dipadam beberapa kali. Mungkin Sakinah tidak mahu dianggap hipokrit, kan?

pernah tonton filem KIAMAT kelakar?? - baca ni

No comments:

Post a Comment

nRelate - All Sections