Sunday, November 18, 2012

Versi Baru 'Apo Kono Eh Jang' Tak Rosakkan Lagu Asal!


Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Rafidah Ibrahim (Fida) berkata rakaman semula lagu Apo Kono Eh Jang nyanyian asal Ally Nor dan Mastura bukan bertujuan untuk merosakkan keaslian lagu yang pernah popular pada 1980-an itu. Sebaliknya, Fida, 26, berkata, lagu versi baru yang menampilkan Datuk AC Mizal dan kumpulan Stellar itu diadun dengan muzik tekno dan rap mengikut trend dan selera muzik semasa. “Saya dan penerbit lagu itu Sheikh Qalam langsung tidak berniat untuk merosakkan keaslian dan keindahan lagu asal tetapi sebagai penghargaan dengan elemen muzik semasa. “Saya berharap usaha kami memberi suntikan nafas baru pada lagu Apo Kono Eh Jang tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak,” katanya yang ditemui, baru-baru ini. (sumber)


1 comment:

nRelate - All Sections